Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 23 Okt 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Menu Utama
Tempat-Tempat Perlancongan Cetak Tempat-Tempat Perlancongan

Tempat Perlancongan Popular Di Kawasan Tadbiran MPP:-

Rumah Panjang Annah Rais

Perjalanan selama 1 ½ jam melalui jalan darat di sepanjang Jalan Padawan akan membawa anda ke rumah panjang ini yang bersih dan indah. Ia dibina di kaki gunung berdekatan sempadan Indonesia. Rumah panjang ini mempunyai kira-kira 120 buah bilik. Sebatang anak sungai dengan airnya yang sejuk dan jernih berkilauan menambahkan lagi keindahan semulajadi yang sudah cukup diwarnai dengan kehidupan dan kegiatan penghuninya.
Berjalan kaki selama beberapa minit dari Rumah Panjang Annah Rais akan membawa anda ke kawasan kolam air panas.

Bayaran Masuk:

1) Tanpa Pemandu Arah RM5 - seorang
2) Dengan Pemandu Arah RM5 - seorang
3) Dengan Pemandu Arah Dan Minuman RM15 - seorang
4) Gawai RM1500 - seorang

 

Rumah Panjang Pelaman Dunuk


Perkampungan Bidayuh yang sejauh 62 km dari Kuching ini, boleh dihubungi melalui jalan darat. Di dalam rumah panjang ini dapat dilihat penghuninya tinggal bersama dengan berkongsi bilik bersama yang panjang dan "ruai" beranda terbuka dalam suasana harmoni.
Dalam perjalanan menuju ke rumah panjang, anda dapat menikmati pemandangan kawasan pedalaman yang ditumbuhi oleh pokok getah dan durian (Raja buah).

Bayaran Masuk:

1) Tanpa Pemandu Arah RM5 - seorang
2) Dengan Pemandu Arah RM5 - seorang
3) Dengan Pemandu Arah Dan Minuman RM15 - seorang
4) Gawai RM1500 - seorang

[Kembali Ke Atas]


Rumah Panjang Bunuk

 

 

Rumah Panjang Bunuk terletak di kilometer 50 Jalan Penrissen. Kira-kira 80 buah keluarga Bidayuh tinggal bersama dalam rumah panjang ini. Sebuah Pangah berbentuk bulat (rumah adat) merupakan satu tarikan dalam rumah panjang ini. Terdapat juga muzium mini persendirian yang mempamerkan beberapa koleksi barangan antik kepunyaan ketua adat, Encik Peka. Ia dibuka kapada orang ramai.
Sebuah kedai kampung di laluan masuk ke kampung ini juga menjual minuman botol dan hasilan tempatan seperti lada dan lain-lain. Anda juga boleh membeli barangan antik dengan harga yang berpatutan

Bayaran Masuk:

1) Tanpa Pemandu Arah RM5 - seorang
2) Dengan Pemandu Arah RM5 - seorang
3) Dengan Pemandu Arah Dan Minuman RM15 - seorang
4) Gawai RM1500 - seorang

 

Taman Jubilee Mas

Taman Jubilee Mas terletak di Batu 12 Jalan Matang, berdekatan dengan ‘Jambatan Merah’ yang terkenal. Taman Jubilee Mas diuruskan oleh Majlis Perbandaran Padawan.
Ia merupakan satu tempat yang terkenal dengan kawasan perkelahan, di mana keluarga dapat menikmati serta berenang di sungai berdekatan. Tempat untuk barbeku, gazebo, tempat refleksologi untuk yang mementingkan kesihatan dan taman permainan kanak-kanak juga disediakan di sini.

Kemasukan adalah percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Padawan di
Tel: 082-615566


[Kembali Ke Atas


Taman Periuk Kera Dan Orkid Liar

Daya tarikan terbaru pelancong terletak di Kota Padawan (Pasar Bt. 10), kira-kira satu kilometer daripada pejabat utama MPP. Taman Periuk Kera dan Orkid Liar ini mempamerkan sebahagian daripada tumbuhan terlindung (Malaysia) dan beberapa daripada spesis tersebut berasal daripada negara jiran. Taman ini mempunyai lebih daripada 30 sub-spesis periuk kera ( Nepenthes ) yang terdiri daripada spesis biasa yang dikenali Nepenthes kepada jenis hibrid secara semulajadi seperti Nepenthes x hookeriana ( N, ampullaria x N. rafflesiana ). Orkid liar pula terdiri daripada spesis Angraecum eburneum, spesis Dendrobium dan spesis Zygopetalum . Selain daripada periuk kera dan orkid liar, taman ini juga mempunyai koleksi Platycerium superbum (paku pakis) dan Asplenium nidus ( sarang burung).

Masa lawatan : Selasa ke Ahad ( termasuk cuti umum dan cuti rehat)

* Tutup pada hari Isnin

Bayaran masuk:-

1) Dewasa RM 1.00 (Warganegara Malaysia)

2) Kanak-kanak RM0.50

3) Pelancong RM2.00

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Padawan

En. Willie Ngelai

Tel: 082-6155 66

[Kembali Ke Atas


Kampung Telaga Air

 

Kampung Telaga Air terletak 40 minit perjalanan (berkereta) dari bandaraya Kuching.
Kampung Telaga Air adalah sebuah perkampungan nelayan Melayu dan tebingan Kampung Telaga Air merupakan tempat di mana Majlis Perbandaran Padawan mengadakan acara tahunan pertandingan memancing.

Kampung ini terkenal dengan "Program Tinggal Bersama". Pelawat akan dikenakan dengan bayaran yang berpatutan untuk menyertai program ini. Melalui program ini, pelawat dapat merasai cara kehidupan seharian dan cara-cara tradisional tinggal di perkampungan Melayu.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tingkat 2, Bangunan Bank Negara, Jalan Satok, Peti Surat 2201, 93744 Kuching.
Tel: 082-245481

 [Kembali Ke Atas]


Borneo Highland Resort

Masa yang diperlukan untuk sampai ke Pusat Peranginan Puncak Borneo ialah sejam perjalanan (70 km) dari bandaraya Kuching. Ia berdiri 1000m atas paras laut dan ia menyimpan hutan hujan semulajadi yang berusia lebih 1.5 juta tahun, yang kedua tertua hutan hujan tropika di dunia.
Pusat itu dikendalikan oleh Kumpulan Pengurusan Tandatangan MINES.

Pelbagai aktiviti rekreasi boleh didapati di sini. Antaranya adalah seperti menggembara di hutan, melawat taman bunga dan berjalan-jalan di ladang organik serta tapak semaian hortikultur. Ia juga merupakan syurga bagi peminat sukan golf dengan padangnya yang direka dengan 18 lubang. ‘The Clubhouse’ menawarkan bilik, chalet dan perangu (suite) yang direka untuk memenuhi citarasa para pemain golf.

Untuk orang yang mementingkan kesihatan, terdapat juga Pusat Kesihatan yang dilengkapi dengan gimnasium dan juga suasana permandian yang mewah, bersama dengan mandi sungai di dalam bilik, sauna, spa, jacuzzis, kolam terapi panas dan sejuk ada ditawarkan di sini.

Untuk hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan, ‘The Clubhouse’ menawarkan 2 buah bilik mesyuarat yang dapat memuatkan 50 hingga 60 orang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Pejabat Penjualan Pusat Peranginan Puncak Borneo Kuching
Tel: 082-243177 / 234266
Fax: 082-258166
Web:
http://www.borneohighlands.com.my

PUSAT PEMULIHAN HIDUPAN LIAR SEMENGGOK

Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching. Untuk melawat, permit hendaklah diperolehi dari :
Pejabat Tempahan Taman Negara (Kuching) Pusat Maklumat Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching : Tel: 082 - 248088 Fax: 082 - 256031

Pusat ini adalah sebahagian daripada tempat-tempat lain yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Semenggoh seperti Pusat Bio Semenggoh, Pusat Botanikal, Tapak Semaian, Bank Benih, Pusat Herba Etnobatani serta Taman Paku-pakis dan Orkid. Semua ini terbuka kepada semua orang awam.

Pada masa ini, kemasukan adalah percuma. Waktu melawat adalah dari pukul 0830 pg-1200 tgh dan 1400 ptg-1600 ptg setiap hari

Pusat ini tidak mempunyai kantin. Para pelawat yang datang adalah digalakkan untuk membawa makanan sendiri dengan syarat mereka tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat. Peraturan-peraturan ini hendaklah diikuti untuk melindungi Taman. Pelawat adalah dinasihatkan agar tidak berteriak di persekitaran taman dan mengambil gambar dengan menggunakan kamera yang mempunyai pancaran cahaya adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan binatang- binatang di situ daripada tercedera.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

Tel: 082 - 618423 (Pejabat)

[Kembali Ke Atas


TAMAN NEGARA KUBAH

Taman ini terletak kira-kira 20 km (dengan menggunakan jalan darat) dari bandaraya Kuching. Risalah mengenai Taman Negara Kubah boleh didapati dari Pusat Penerangan Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching.
Taman ini merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar di mana sebahagian besarnya diliputi oleh dataran tinggi batu pasir yang termasuk Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok. Dengan ketinggian di antara 150 - 450 meter, dataran ini diselang-selikan lagi dengan terbentuknya batu kapur yang telah keras menjadi air terjun yang cantik.

Taman yang sebahagian besarnya terdiri daripada hutan semulajadi ini, mempunyai lima jenis tumbuhan utama iaitu, hutan lanar, hutan campuran tanah rendah ‘dipterocarp’, hutan kerangas (kesihatan), hutan ‘submont’ dan hutan sekunder. Hutan yang kaya ini, dengan lokasinya terletak berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakaunya serta ciri-ciri semulajadinya yang lain, memastikan bahawa Kubah adalah habitat untuk pelbagai jenis hidupan liar termasuk babi hutan, kenyalang hitam, pelanduk, tupai dan pelbagai spesies amfibia dan reptilia. Ia juga kaya dengan pokok palma dan orkidnya.

Pelawat yang ingin melawat, hendaklah mendapatkan permit yang telah disahkan dari :

1. Taman Negara Dan Hidupan Liar Jabatan Perhutanan Wisma Sumber Alam,
Petra Jaya, 93660 Kuching.
Tel: 082 - 442180
Fax: 082 - 441377

atau

2. Pejabat Tempahan Taman Negara (Kuching), Pusat Penerangan Pelancongan
Sarawak Jalan Masjid, 93400 Kuching.
Tel: 082 - 248088
Fax: 082 - 256301

Kemudahan penginapan dari khemah-khemah sehinggalah chalet yang dilengkapi dengan katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi dan elektrik juga disediakan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Taman Negara Kubah Tel: 011 - 225003


Pusat Hidupan Liar Matang juga terletak di Taman Negara Kubah, yang mana ia dijadikan tempat kurungan untuk haiwan yang berbahaya, di dalam satu persekitaran yang luas. Kurungan ini akan ditempatkan di dalam hutan hujan, supaya cara kehidupannya sama dengan cara kehidupan yang terdapat di tempat asalnya.

Untuk pelawat yang datang dan pergi dalam masa sehari ke Pusat Pemulihan Hidupan Liar Matang, pelawat adalah dibenarkan untuk melawat pusat tersebut selepas membayar yuran masuk dan mendaftar di pejabat pendaftaran. Permit tidak diperlukan.

Bayaran Masuk :-

1) RM3.00 (dewasa)
2) RM1.00 (pelawat di bawah 18 tahun)

Bagaimankah caranya untuk pergi ke sana ?
Syarikat Pengangkutan Bas Matang No. 11 bertolak dari Taman Letak Kereta Saujana di Kuching.
(Warna Bas: Kuning dan Teksi Oren juga boleh disewa untuk pergi ke sana 24 jam Perkhidmatan Teksi)
Tel: 082-367898 atau 082-348898


[Kembali Ke Atas]

 
|