Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 26 Apr 2018
Versi 8.0.4a
Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Untuk Keluarga Miskin
Tarikh : 29 Dec 2017
 

(Pengerusi MPP, YB Ir Lo Khere Chiang dengan penerima bantuan baik pulih rumah daif,

Encik Kiplie Anak Aji (kelima dari kanan). Rumah yang telah dibaikpulih adalah di belakang gambar.)

Program Baik Pulih Rumah Daif adalah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  Di bawah program ini, peruntukan bagi baik pulih satu rumah daif adalah maksimum RM15,000.00. Peruntukan adalah daripada KPKT dan Majlis Perbandaran Padawan adalah agensi pelaksana kerja baik pulih rumah daif.

Majlis Perbandaran Padawan telah berjaya melaksanakan dan menyalurkan bantuan ini kepada 23 Ketua Isi Rumah (KIR) yang bertaraf miskin pada tahun 2017. Jumlah peruntukan yang digunakan untuk 23 KIR adalah sejumlah RM344,493.04. Fasa 1 sebanyak 15 buah (RM224,602.95) telah siap dilaksanakan pada 9 Jun 2017 manakala Fasa 3 sebanyak 8 buah (RM119,890.09) telah siap dilaksanakan pada 20 November 2017.

Majlis Penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah Daif kepada keluarga miskin  disempurnakan oleh YB Cr. Ir. Lo Khere Chiang, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan pada 29 Disember 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Skim Penempatan Semula Desa Wira, Jalan Batu Kawah.  

Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif untuk keluarga miskin yang berdaftar dalam e-Kasih masih berterusan pada tahun 2018.

Ketua Isi Rumah yang ingin memohon bantuan baik pulih rumah daif, mereka perlu mematuhi kriteria seperti berikut:

 

  1. KIR telah berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam e-Kasih dengan Pejabat Daerah ;
  2. KIR menetap di dalam kawasan operasi PBT;
  3. Rumah yang didiami dalam keadaan rosak, usang dan daif;
  4. Memiliki tanah atau rumah sendiri; Sekiranya bukan pemilik tanah/rumah, hendaklah mendapat surat kebenaran dari pemilik tanah/rumah.

 

Borang Permohonan Bantuan Baik Pulih Rumah Daif boleh didapati dari Majlis Perbandaran Padawan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Padawan. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Penilaian Dan Pencukaian, Majlis Perbandaran Padawan di talian 082-615566