Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Perutusan Dari Pengerusi Majlis Perbandaran PadawanPerutusan Dari Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan
Kawasan bidangkuasa Majlis Perbandaran Padawan (MPP terletak di pinggir Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara di Sarawak. Tumpuan MPP adalah terhadap penambahbaikan pembangunan infrastruktur dan penyediaan perkhidmatan berkualiti kepada pembayar cukai dan pada masa yang sama memastikan alam sekitar dillindungi.picture


Perkhidmatan MPP seringkali menjadi perbandingan dengan dua buah Majlis Bandaraya berkenaan dan ini merupakan satu cabaran. Untuk mencapai objektif ini, MPP bekerjasama rapat dengan orang ramai dan masyarakat agar mereka terlibat dan sentiasa diberitahu dalam keputusan dan pembangunan untuk memaksimumkan sumber di MPP. Saya mengalu-alukan maklum balas daripada orang ramai dan laman web merupakan salah satu kaedahnya.


Kekuatan MPP ialah saiz tanah yang meliputi kawasan seluas 984.338 kilometer persegi dan mempunyai potensi bagi pembangunan perumahan, komersial dan industri yang boleh menyokong pertumbuhan dan pembangunan Bandaraya Kuching. Saya mengalu-alukan semua pelabur ke MPP dan saya memberi jaminan bahawa MPP akan menyediakan bantuan yang diperlukan.

Aset utama lain MPP ialah tempat-tempat menarik untuk pelancong tempatan dan antarabangsa seperti Taman Orkid Liar dan Periuk Kera di Kota Padawan yang unik di Sarawak, Pusat Pemulihan Orang Utan di Semenggok, Pusat Biodiversiti Sarawak di Semenggok, rumah panjang Bidayuh di Kampung Benuk, dan Kampung Annah Rais, Pusat Peranginan Borneo Highland dengan padang golf 18 lubang di Gunung Penrissen bersempadan dengan Indonesia, Kampung Telaga Air, Hutan Rizab Kubah / Hutan Seimpanan Kubah yang menghadap Laut China Selatan, Taman Jubli Mas di Gunung Matang dan lain-lain.

Saya mengalu-alukan semua pengunjung ke MPP semasa berada di Kuching kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.
Saya berharap laman web ini berinformatif kepada orang ramai dan dapat mengetahui MPP dengan lebih baik lagi.

Terima kasih

Cr. Lo Khere Chiang
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan